Sunday 28 August 2011

Majlis Khatam Quran


MyPSA-WA telah menganjurkan Program Tadarus Quran yang terdiri dari sekumpulan brothers and 5 kumpulan sisters dengan seramai lebih kurang 45 peserta. Tujuan program dijalankan adalah untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadhan di samping merapatkan tali silaturrahim antara ahli. Setiap kumpulan diagihkan juzuk untuk tadarus. Berikutan dengan itu, satu Majlis Khatam Quran telah diadakan pada 27 Ogos 2011 (Sabtu) pada jam 11-12.15 di Musolla Curtin. MyPSA-WA mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Klik sini untuk pautan ke album gambar.

Sekian. Terima kasih.

Exco Infokom
MyPSA-WA 2011/2012

Saturday 13 August 2011

Forum Ihya Ramadhan, Fiqh Intensive Class & Iftar Ramadhan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Forum Ihya Ramadhan telah diadakan pada Sabtu, 6 Ogos 2011 di Masjid Rivervale, Perth bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Pihak MyPSA-WA amatlah berbesar hati menerima kunjungan Ustaz Haji Haslin Baharim dari Malaysia yang telah bersetuju untuk bersama-sama menjadi ahli forum. Sekalung penghargaan buat Ustaz Helmi Harun (ahli forum) dan Ustaz Mohd Sofian yang bertindak sebagai moderator. Bertemakan "Nur Ramadhan : membersihkan jiwa, memantap iman", diskusi forum berkisarkan permasalahan ibadat puasa telah menarik minat tetamu dianggarkan seramai 200 orang. Ahli-ahli panel turut diajukan soalan berkenaan dengan penentuan 1 ramadhan, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya.

Serentak dengan program ini, telah dijalankan juga Fiqh Intensive Class yang bertumpu kepada anak-anak ahli MyPSA-WA. Kelas Fiqh Intensif yang dijalankan bertujuan untuk memberi panduan ibadah puasa kepada anak-anak. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator, saudara Mohd Faiz bin Mat Daud.

Majlis diakhiri dengan Majlis Iftar, Solat Maghrib dan Solat Terawikh. Pihak MyPSA-WA mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang telah sama-sama meramaikan majlis. Setinggi-tinggi penghargaan buat penganjur bersama Education Malaysian Australia, Perth (EMAP), Perth Muslim Association (PMA), ABHASS Communication dan Islamic Council of Western Australia (ICWA).

Klik sini untuk album gambar.

Sekian. Terima kasih.


Exco Infokom
MyPSA 2011/2012