Monday 19 September 2011

Bengkel Penulisan Popular 2011

Salam & Salam Sejahtera Warga MyPSA-WA,

MyPSA-WA 2011/2012 dengan sukacitanya akan menganjurkan Bengkel Penulisan Popular 2011 yang akan dikendalikan oleh En. Zamri Mohamad, seorang Jurulatih & Konsultan Penulisan Kreatif dari Malaysia. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:

Program: BENGKEL PENULISAN POPULAR 2011
Tarikh: 25 September 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi: 408.1019, Curtin University (Bangunan 408 Business & Physiotheraphy, Tingkat 1, Bilik 019) berdekatan Bankwest
Jurulatih & Konsultan: En. Zamri Mohamad (Akademi Penulis Sdn. Bhd., Malaysia)
Sasaran Peserta: Pelajar kolej/universiti dan warga Malaysia di Australia Barat
Yuran: AUD$5.00

Klik sini untuk peta lokasi. Lokasi tempat kereta terhampir adalah di P25.

Sekian. Terima kasih.



Objektif:
  • Memberi latihan kemahiran penulisan popular yang berkualiti dan berpotensi untuk diterbitkan
  • Menggalakkan perkembangan bahan pengajian dan pengalaman  luar negara untuk dijadikan bahan penulisan popular bagi bacaan umum
  • Mencetuskan budaya memudah cara ilmu kepada bahan mesra pembaca umum yang dapat dibaca dan diaplikasi


Biodata Jurulatih

ZAMRI MOHAMAD, Finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian pada tahun 2010 dan 2011. Beliau adalah trainer yang membantu menghasilkan penulis-penulis tempatan berdasarkan formula 3P, Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Berdasarkan kaedah Mulakan dengan Apa di Tangan, beliau telah menulis 20 buah buku dalam tempoh lima tahun sejak berumur 24 tahun. Dengan jumlah cetakan keseluruhan judul mencapai 60,000 naskah. Penulisan beliau merangkumi keusahawanan, komunikasi interpersonal, bantu diri dan novel kanak-kanak. Ia mendapat liputan di TV3, TV9, RTM dan media cetak sejak tahun 2006 sehingga tahun 2011. Beliau juga penggerak kepada kumpulan penulisan bersama dan membantu kumpulan penulisan melalui kaedah 'jajah rak' bagi memperkenalkan penulis-penulis baru. Selain itu, beliau dipanggil bagi mengendalikan dan membantu penjenamaan dan pembangunan imej kementerian melalui latihan penulisan buletin dan artikel web portal. Antara klien beliau, Jabatan Standard Malaysia, CIDB, Kementerian Kesihatan, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Pada masa sama beliau merupakan pengasas bersama Baca@ yang kini menjadi sebahagian jawatankuasa pemikir dalam pembangunan Kota Buku melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Kini beliau dalam usaha mencapai rangkaian rakyat Malaysia di luar negara secara konsisten melalui bengkel penulisan berpengaruh dengan kerjasama persatuan pelajar dan hubungan komuniti.



Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat untuk menghadiri bengkel ini supaya dapat memberikan nama kepada saya (Masniza Sairi) di alamat emel mazniza.sairibinti@student.curtin.edu.au atau masniza_80@yahoo.co.uk selewat-lewatnya pada 22 Sep. 2011 (Khamis), jam 12.00 tengahari. Yuran penyertaan boleh dibayar sebelum bengkel berlangsung.


Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

Masniza Sairi (0425272715)
Exco Pendidikan MyPSA-WA 2011/2012

No comments:

Post a Comment