Tuesday 13 September 2011

Tabung Amanah Zakat Western Australia (TAZWA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Zakat Western Australia (TAZWA) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Ogos 2011 dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh pihak konsulat dan ahli mesyuarat terdiri dari wakil PR Malaysia dan persatuan-persatuan pelajar Malaysia yang berdaftar dengan konsulat dan Education Malaysia Australia Perth. Penubuhannya telah mendapat restu Konsul Jeneral Malaysia, Perth.

2. Ia akan diurustadbir oleh gabungan persatuan pelajar Malaysia di Western Australia (MyPSA WA, MISWA dan MASCA) serta wakil Persatuan Melayu, WA (MAWA) dan dikoordinasikan oleh Konsul Jeneral yang bertindak sebagai Yang DiPertua (YDP) dan Atase Pendidikan, Education Malaysia Australia Perth (EMAP) sebagai Tim YDP.

3. Matlamatnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan TAZWA iaitu untuk menguruskan semua kutipan zakat khususnya di kalangan masyarakat Islam Malaysia dan keseluruhan komuniti Muslim Western Australia amnya serta membantu mereka dengan segala bentuk usaha agar mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

4. Objektif khususnya ialah:
i.  Menguruskan semua kutipan zakat khususnya bagi masyarakat Islam di Western Australia
ii. Menyelaraskan semua pengurusan kutipan zakat berasaskan hukum syarak dalam Islam
iii.Menjalin dan memupuk hubungan serta kerjasama antara masyarakat Islam di Western Australia berasaskan prinsip Ummatan Wahidan (umat yang satu), Musawah (persamaan darjat dan kewajipan) , Ukhuwwah Islamiyah (persaudaraan Islam) dan Takaful Ijtima' (tanggungjawab bersama)

5. Sehubungan itu, pihak Lembaga TAZWA telah bersetuju melantik amil-amil berikut bagi melaksanakan urusan kutipan zakat:
 i.  Mohd Sofian Hj Hussain (MyPSA WA) 0466284479
ii. Mohamad Afzanizam Yahya (MyPSAWA) 0422012060
iii.Mohamad Fadzil Omar (MyPSA WA) 0425626583
iv.Ahmad Nazirul Faiz Ibrahim (MISWA) 0430105565
v. Zakri Yusof (MAWA) 0403929257


Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh membayar zakat fitrah serta zakat harta kepada amil-amil tersebut mulai sekarang. Semoga usaha ini mendapat sokongan semua dan dilimpahi keberkatan Allah SWT.

Sekian terima kasih


SALMAH ABDUL AZIZ
Setiausaha
Lembaga Pemegang Amanah TAZWA

No comments:

Post a Comment