Friday 11 November 2011

Program Santai Minda - PhD Journey: Tips & Motivation

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahwa sekumpulan penyelidik dari UUM diketuai oleh Prof Madya Dr Azilah Kasim akan datang ke Perth pada 14 November ini untuk urusan penyelidikan/kolaborasi dgn Murdoch Universiti. Dr Azilah ada menawarkan untuk berkongsi pengalaman penyelidikan dan penyeliaan PhD dengan para pelajar pascasiswazah di sini.

Oleh itu, pihak MyPSA WA ingin mengambil kesempatan tersebut dengan menganjurkan sesi dialog bersama beliau dan 5 ahli rombongan yang terdiri daripada 4 Prof Madya dan 2 PhD holder seperti butiran berikut:

Tajuk: PhD Journey:Tips & Motivation
Tarikh: 15 November 2011 (Selasa)
Masa:  7.45 - 9.15 pm
Tempat: 6 Ardessie St, Adross Perth (Rumah Atache Pendidikan EMAP)
Jamuan ringan: Potluck

Pimpinan MyPSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Rudy Adrie Idris  (Atache Pendidikan) atas kebenaran menggunakan kediaman beliau untuk melaksanakan program ini serta sdr Ahmad Hisham Zainal Abidin yang menjadi contact person dengan rombongan Dr Azilah.

Bagi saudara/saudari yang berkelapangan dan ingin mendapat suntikan semangat daripada mereka, mohon RSVP sebelum/pada 14 Nov 2011  (Isnin) kepada sdr Ahmad Hisham (0421017080) bagi memudahkan pengurusan. Semoga majlis ilmu ini dapat memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi untuk meneruskan 'journey' kita. 

Sekian terima kasih.

SALMAH ABDUL AZIZ
MyPSA WA 2011/2012

No comments:

Post a Comment