Monday 9 April 2012

Notis Pencalonan AJK Eksekutif / Jawatankuasa Tertinggi MyPSA WA 2012/2013

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pencalonan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, WA (MyPSA WA) bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)  Ke-4 Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, WA (MyPSA WA) adalah seperti butiran berikut:

  • Tarikh awal penamaan calon :   09 April 2012 (Isnin) jam 11.00 pagi
  • Tarikh tutup penamaan calon :  23 April 2012 (Isnin) sebelum jam 12 tengahari
  • Tarikh melobi/kempen calon :   24 April – 28 April 2012 sebelum bermulanya pengundian ketika Mesyuarat Agung.                                               
  • Tarikh pengundian : 28 April 2012 (Sabtu)
  • Pencalonan kali ini adalah untuk mencari 4 orang pemimpin eksekutif tanpa menetapkan jawatan mereka. Tiada had untuk bilangan calon tetapi hanya 4 calon dengan undian tertinggi akan dipilih dan mereka akan berbincang secara musyawarah untuk menentukan jawatan masing-masing mengikut perlembagaan persatuan. Sukacita dimaklumkan bahawa resolusi Mesyuarat Agung Khas (SGM) pada bulan November 2011 menyatakan hanya jawatan Presiden dikhususkan kepada pelajar manakala jawatan-jawatan lain terbuka kepada pelajar dan pasangan pelajar.
  • Para pencadang dikehendaki menghubungi bakal calon terlebih dahulu untuk memaklumkan hasrat mencalonkan ahli terbabit sebelum borang pencalonan dihantar kepada Pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan MyPSA WA 2012/2013. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada ahli terbabit menimbang dan membuat keputusan samada menerima pencalonan atau sebaliknya.
  • Pencalonan hendaklah dilakukan menerusi borang ini. Sebarang pencalonan tanpa melalui borang adalah tidak sah.
  • Setiap pencalonan akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh pihak MyPSA WA melalui emel. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan MyPSA WA 2012/2013 akan menghubungi mereka yang dicalonkan dalam tempoh 24 jam selepas calon terbabit dicalonkan untuk memaklumkan berkaitan pencalonannya.
  • Sebarang penarikan diri dari calon haruslah dibuat melalui surat rasmi yang diemelkan kepada Jawatankuasa Mesyuarat Agung MyPSA WA untuk dipertimbangkan, selewat-lewatnya  24 jam setelah nama calon diumumkan. Selepas tempoh tersebut segala penarikan diri dari calon tidak akan dilayan.
  • Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013, iaitu Saudara Ahmad Hisham (hishamza23@gmail.com) dan Saudara Mohamad Fadzil Omar (fadzil@y7mail.com) sebelum tarikh penamaan calon di tutup. 
  • Semua ahli MyPSA Western Australia berdaftar yang menepati syarat-syarat seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan MyPSA Western Australia adalah layak untuk dicalonkan. Syarat menjadi calon ialah menjadi ahli (termasuk pasangan) dan membayar yuran tahunan 2012 pada atau sebelum 28 April 2012. 
  
Sekian dimaklumkan.
 
  
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013

No comments:

Post a Comment