Sunday 12 January 2014

Amaran Kebakaran Hutan (Bush Fire Warning) di Western Australia (Memanjangkan amanat Academic Attachee Malaysia Perth)

Dalam beberapa hari ini, keadaan cuaca di Western Australia tidak menentu dengan suhu kadang kadang mencecah 44C. Pihak EMAP ingin menasihati semua pelajar yang tidak pulang ke tanah air agar lebih berhati-hati ketika melaksanakan program masing masing sepanjang cuti semester ini. Pihak EMAP menggalakkan pelajar pelajar untuk memaklumkan kepada pihak kami kiranya pelajar pelajar ingin keluar daerah melebihi 100km dari titik pusat Perth. Ini bagi memudahkan pihak kami memberi bantuan kecemasan kiranya ada.

Pihak EMAP juga ingin menasihati semua pelajar untuk membaca semula SOP bencana yang telah diberikan semasa awal semester untuk tujuan rujukan. Detailkan kepada bab 3.3 seperti beikut :-
3.3 KEBAKARAN / KEBAKARAN HUTAN

Langkah-langkah apabila berlaku kebakaran

1) Jangan panik.
2) Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkan diri anda dan rakan/keluarga melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
3) Hubungi balai bomba dan berikan butir-butir lengkap dan tepat mengenai lokasi rumah anda.
4) Matikan semua punca letrik dan gas.
5) Sementara menanti ketibaan bomba, cuba padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.
6) Cari/tuju ke arah jalan keluar yang selamat. Pastikan anda telah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.
7) Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.
8) Perkara yang sentiasa perlu dilakukan dan diberi perhatian :
a) Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan rakan-rakan serumah. Anda harus mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan semua rakan serumah anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan fire drill dari masa ke semasa supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli rumah anda.

b) Elakkan daripada mendiami rumah yang berjeriji terutama pada tingkap dan pintu rumah. Sekiranya ada, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

c) Pastikan anak kunci mudah diambil. Setiap ahli rumah mesti tahu tempat penyimpanan anak kunci pintu atau jeriji. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci tanpa pengetahuan ahli rumah yang lain.

d) Pastikan sekurang-kurangnya ada satu alat pengesan asap (Smoke Detector). yang dipasang di dalam rumah dan sentiasa berfungsi.

Sekiranya pihak pelajar kurang faham dan jelas, mohon hubungi pegawai EMAP menerusi talian tertera dibawah.

Pihak EMAP juga menggalakkan pelajar untuk membuat persediaan awal seperti berikut:

PERSEDIAAN AWAL

i. Mendapatkan no telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti Polis, tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan Education Malaysia serta Konsulat Jeneral Malaysia di Perth.
ii. Menyediakan checklist barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana alam. Contoh setiap individu perlu ada satu bag kecil untuk membawa passport, tuala, alatan mandi dan kesihatan dan lain-lain. Bag ini hendaklah sentiasa bersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk evakuasi.
iii. Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.
Iv. Pastikan data data penyelidikan dibuat pendua (backup) dan disimpan dibeberapa tempat yang selamat.

LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.

i. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah.
ii.Menghubungi segera Education Malaysia atau kakitangan Konsulat.
Iii.Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti.

Nombor Nombor Yang perlu diketahui :-

Bureau of Meteorology
In addition to the web services the Bureau issues phone and fax information services.

Automated Telephone Messages: Cyclone Advices (Watch/Warning):

WA: 1300 659 210
Weather-by-Fax: Directory pages (poll fax):
WA: 1902 935 297
Emergency services agencies
Emergency Management Australia: www.ema.gov.au
Fire & EmergencyServices Authority of Western Australia (FESA) : 132 500
Western Australia Police : 131 444
Ambulance St John : 1300 360 455

No comments:

Post a Comment