Thursday 2 January 2014

BORANG RESIDEN DEWAN MALAYSIA PERTH (DMP)

Bersyukur kita ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya impian pelajar pelajar kita di Western Australia tercapai untuk memiliki DMP. Alhamdulilah dan syabas kepada semua pelajar pelajar yang tidak putus putus mendoakan dan berjuang untuk mendapatkan DMP ini. Perjuangan ini bermula pada 8 Ogos 2009 lagi yang mana suara suara pelajar yang terdahulu telah sampai ke pengetahuan YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB telah meminta pihak Kemeterian Pengajian Tinggi (ketika itu) untuk mengkaji dan menilai keperluan cadangan penubuhan DMP ini. Suara suara ini juga diteruskan bagi memastikan kewujudan DMP releven dengan kebajikan dan keperluan pelajar disini. Kewujudan MSD Perth (kini dikenali sebagai EMAP) pada 16 Mei 2010 telah membuktikan kerajaan amat serius bagi memastikan kebajikan dan keperluan pelajar pelajar disini di pelihara dan diutamakan. Ketika lawatan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri KPT ketika itu) melawat EMAP pada 12-14 Nov 2012, YB Dato' Seri telah mengumumkan pengesahan pembelian DMP melalui perbentangan budget 2013. Terdapat lebih daripada 15 lokasi cadangan dari pelbagai agensi dan syarikat dimajukan kepada pihak pembangunan KPT untuk disenarai dan dikaji. Kajian merangkumi aspek keperluan pelajar, jarak lokasi berhampiran 5 universiti utama, politeknik dan TAFE, laluan utama pengangkutan (berhampiran dalam CAT servis – bas percuma sekitar bandaraya), nilai aset bangunan dll.

Pelbagai cabaran dilalui namun atas perjuangan dan doa pelajar pelajar semua, akhirnya 'Underground Backpackers' sah menjadi DMP setelah Tuan Yang Terutama Dato' Zainal Abidin Ahmad ( Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia) menandatangani perjanjian jualbeli bangunan tersebut pada 16 Dis 2013.

Kini DMP dalam proses transformasi daripada bangunan backpackers kepada Dewan Malaysia. BHEPP dan EMAP telah diamanahkan untuk memastikan pengoperasian DMP berjalan dengan lancar dan teratur. Oleh yang demikian, pelbagai program dan perancangan telah diatur bagi memastikan pengoperasian dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. EMAP juga dalam proses mengenalpasti keperluan semasa termasuk pengurusan dan pentadbiran di dalam DMP nanti. Maka pada peringkat pertama ini, pihak EMA mengalu alukan, mana mana pelajar yang berminat untuk menjadi residen DMP mengisi borang DMP dan dimajukan kepada pihak EMAP untuk diproses. Pihak EMAP akan memaklumkan secara email jawapan kelulusan tersebut. Dengan ini, pihak EMAP sertakan borang permohonan residen untuk tindakkan semua persatuan pelajar.

Sekian. Terima kasih

"PANTAS TEPAT DAN INTEGRITI"
"1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Saya yang menurut perintah,

Rudy Adrie Idris
Education Attache
Education Malaysia Australia Perth (EMAP)
Consulate General Of Malaysia
252 Adelaide Terrace
Perth WA 6000
Australia
*Kepada ahli MyPSA yang berminat menjadi residen Malaysia Hall sila isi borang di laman web facebook MyPSA dan hantar kepada ahmad.jazlan09@gmail.com.. Permohonan akan dimajukan ke pihak EMAP.. Keutamaan - 1) Ahli-ahli yang aktif menyumbang dalam persatuan pelajar, 2) Pelajar Malaysia & keluarga yang baru sampai (belum ada penempatan) dan pelajar yang akan pulang ke tanah air (break lease).
 

No comments:

Post a Comment